Saturday, May 9, 2009

Fakta - Fakta Menarik 2

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

apa macam?? X ckup??
Tggu Episod Depan....

Wednesday, April 29, 2009

FAKTA FAKTA BEST EPISOD 1...

1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

2. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

3. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

4. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

5. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

6. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

NAK LAGI??? Tunggu